Wednesday, 27 January 2016

Tips Pelanggan Terpukau

Sumber : saya copy paste dari grup WA 

Hari ni saya cuma hendak berkongsi satu kunci penting untuk membuatkan pelanggan anda akan terpukau untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan.

Apa kuncinya?

Kuncinya adalah PROVEN RESULT atau pun testimoni pelanggan anda yang berpuas hati. Teknik ni banyak kali saya gunakan dan ia mampu meningkatkan jualan.

Soalnya ramai usahawan yang tidak kumpul testimoni atau tidak tahu hendak dapatkan. Jom saya kongsi cara untuk kumpul testimoni.

1)  Tawarkan sesuatu FREE Gift kepada pelanggan yang berikan testimoni mereka.  Samada hendak beri hadiah atau buat small contest untuk testimoni terbaik.

2)  Follow up pelanggan & tanya apa mereka rasa selepas guna produk anda. Gunakan screen shot whatsApp apabila mereka gembira dengan produk/servis anda & gunakan ia sebagai bahan pemasaran.

Jika anda gunakan FB Ads, anda boleh upload beberapa gambar testimoni tersebut & buat placement iklan di mobile. Ia pasti mampu memberikan anda lonjakkan jualan yang tinggi, InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua penjual online samada di FB, blog, WA, IG atau lain-lain media pemasaran.

Terima kasih kepada yang berkongsi tips ini.  Semoga dipermudahkan lagi segala urusannya.

Sekian.

Salam sayang,
Kak Zah

No comments:

Post a Comment