Saturday, 5 March 2016

Tips Mudah Merancang Kerja

Teks  :  Norazizah Sudin
Imej  :  Koleksi ABDR

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua?  Semoga semuanya sihat di samping famili tersayang.  Hari ini, sesudah subuh Kak Zah terus ke dapur.  Bermulalah rutin untuk hari ini.  Sejak Khamis hero kenit Kak Zah demam. Cuti sekolah sehari.  Alhamdulillah, hari ini nampak sudah kebah sedikit.  Semoga dia kembali sihat dan ceria macam selalu.

Ramai yang bertanya.  Mudah ke bekerja dari rumah?  Mudah jika kita pandai membahagikan masa. Dalam Bahasa Inggeris, time management.  Setiap orang ada caranya yang tersendiri.  Macam Kak Zah, setiap hari mesti sudah tahu apa yang hendak dibuat esok harinya supaya menjimatkan masa, tenaga dan petrol (jika perlu keluar).

Walaupun hanya suri rumah, tetapi perlu ada perancangan juga untuk memudahkan kerja, supaya tidak terkejar-kejar setiap hari untuk menyiapkan kerja.  Penat nanti.  

Biasanya sebelum tidur :
1)  Masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.  Awal pagi esok sudah boleh sidai baju.
2)  Kosongkan singki di malam hari.
3)  Letak tong sampah di luar supaya selepas hantar anak sekolah esok, kita tahu ada sampah untuk dibuang.
4)  Siapkan semua bahan-bahan untuk dimasak esok hari.  Letakkan dalam bekas dan letak di dalam peti ais.
5)  Bantu anak kemaskan beg sekolah (untuk anak sekolah rendah) dan letakkan berhampiran dengan tempat yang menjadi tempat kebiasaan dia bersiap untuk ke sekolah.
6)  Menggosok pakaian sekolah dan pakaian suami pada malam hari.
7)  Siapkan bekas tempat mengisi bekalan anak pada malam hari supaya pada pagi esok,  selepas membuat sarapan kita tidak tergesa-gesa mencari bekas.

Ada tips lain lagi?  Jom kita kongsikan bersama.

Untuk memudahkan dan dapatkan tips manfaat tentang pengurusan masa SOHO, boleh baca ebook ini.




Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR, telah terbitkan pada Mac 2013.  Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Berikut adalah bab-bab kandungan dalam buku di atas :
Bab 1  :  Apa itu WAHM, SAHM dan SOHO
Bab 2  :  Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Bab 3  :  Kisah inspirasi WAHM, SOHO
Bab 4  :  Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5  :  Tips sukses urus masa
Bab 6  :  Tips urus tenaga supermama
Bab 7  :  Tips urus rumah tangga
Bab 8  :  Tips motivasi suri rumah terhebat

Dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.  Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah.  Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri.  Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga dan stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian.  

Semua ini telah dikongsikan di dalam ebook ini.

Jika ingin mendapatkan ebook super ini, boleh hubungi Kak Zah di norazizahsudin@gmail.com atau PM sahaja di facebook ya.

Semoga bermanfaat dan salam sayang,
Kak Zah





No comments:

Post a Comment