Friday, 30 September 2016

Pak Lang Ahmad

Kembalinya Pak Lang pada 10 Zulhijjah 1437H. 

Kami mendapat berita pemergiannya pada jam 11.56 pagi di grup Whatsapp.  Berita yang amat memeranjatkan kami sekeluarga kerana pada pagi Hari Raya AidilAdha, beliau telah memberi ucapan salam dan tazkirah.

Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan ketika.  

Pak Lang Ahmad adalah bapa saudara sepupu sebelah arwah Abah.  Seorang bapa saudara yang sangat rapat dengan arwah Abah.  Pak Lang pada setiap pagi akan memberi salam dan sedikit tazkirah di dalam grup Whatsapp famili Generasi Mahat Rumbia.  Beliau juga akan memberi soalan-soalan kuiz dan berbalas pantun sesama semua saudara mara.  Celoteh beliau sangat kami rindui setiap pagi.  Sekarang tiada lagi semua itu.  

Allahyarham seorang bapa saudara yang amat mementingkan silaturahim sesama saudara, kenalan mahupun sesama manusia.

Pak Lang Ahmad amat kami sanjungi.  Beliau merupakan tonggak ikatan keluarga dan pengukuh ukwhah.  

Kami sungguh-sungguh merasai kehilangannya.  Sesungguhnya kami mendoakan perpindahan beliau ke alam barzakh merupakan pintu beliau ke Syurga para solihin.

Kami doakan Allah mengurniakan kedudukan yang terpuji bagi beliau.  Aamiin.

Kami akan sentiasa merindui Pak Lang.  




No comments:

Post a Comment