Friday, 29 January 2016

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum semua

Hari ni Kak Zah nak berkongsi tazkirah ringkas dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang Semuanya Soal Hati.

Pen dicipta untuk menulis.  Selagi mana digunakan untuk menulis, InsyaAllah pen akan berada dalam keadaan yang baik.  Mengapa?  Hal ini kerana pen memang dicipta untuk menulis.

Sebaliknya, kalau pen itu digunakan untuk mencucuk, dibaling atau mengetuk sesuatu, sudah tentu pen itu akan rosak.  Kenapa? Ya, kerana pen bukan diciptakan untuk itu.

Maka begitulah manusia.  Manusia akan 'rosak' sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yang telah ditentukan oleh Pencipta.  Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah. Sekiranya dia menyimpang daripada tugas itu, dirinya akan rosak, kesihatannya terjejas, sama ada kesihatan mental, spiritual, emosi mahupun fizikalnya.  Ketika itu dia akan merosakkan dirinya sendiri. Itulah akibat maksiat.

Orang yang melakukan maksiat akan berasa miskin dalam kekayaannya, sempit dalam kelapangannya dan sunyi walaupun dikelilingi orang yang memuja dan mengaguminya.

Semoga bermanfaat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tulislah dari hati.  Tulis dengan ikhlas dan berkongsi pengalaman atau kepakaran tentang diri sendiri. Jika ambil dari sumber lain, mesti tulis sumber daripada mana.  Jangan tulis dan jadikan penulisan sendiri.  Itu plagiat namanya.

Jika ingin berkongsi pengalaman, kepakaran, ada bisnes tetapi belum ada kedai online, boleh hubungi Kak Zah untuk bermula.  

Kelas kami mudah.  Semuanya online.  Hanya diri sendiri yang menentukan ingin atau tidak.  Bermula sekarang dan jika tidak, bila lagi?

Jumpa lagi ☺








Wednesday, 27 January 2016

Tips Pelanggan Terpukau

Sumber : saya copy paste dari grup WA 

Hari ni saya cuma hendak berkongsi satu kunci penting untuk membuatkan pelanggan anda akan terpukau untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan.

Apa kuncinya?

Kuncinya adalah PROVEN RESULT atau pun testimoni pelanggan anda yang berpuas hati. Teknik ni banyak kali saya gunakan dan ia mampu meningkatkan jualan.

Soalnya ramai usahawan yang tidak kumpul testimoni atau tidak tahu hendak dapatkan. Jom saya kongsi cara untuk kumpul testimoni.

1)  Tawarkan sesuatu FREE Gift kepada pelanggan yang berikan testimoni mereka.  Samada hendak beri hadiah atau buat small contest untuk testimoni terbaik.

2)  Follow up pelanggan & tanya apa mereka rasa selepas guna produk anda. Gunakan screen shot whatsApp apabila mereka gembira dengan produk/servis anda & gunakan ia sebagai bahan pemasaran.

Jika anda gunakan FB Ads, anda boleh upload beberapa gambar testimoni tersebut & buat placement iklan di mobile. Ia pasti mampu memberikan anda lonjakkan jualan yang tinggi, InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua penjual online samada di FB, blog, WA, IG atau lain-lain media pemasaran.

Terima kasih kepada yang berkongsi tips ini.  Semoga dipermudahkan lagi segala urusannya.

Sekian.

Salam sayang,
Kak Zah

Tuesday, 12 January 2016

Branding Bisnes

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2016.  Masih tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru.

Hari ini saya nak berkongsi bagaimana cara untuk mem'branding'kan diri dan supaya orang sentiasa follow fb kita.

Jika jual produk kecantikan, setiap hari, jangan asyik promote produk kita sahaja.  Kita selang selikan dengan berkongsi tips-tips kesihatan, tips marketing, tips kecantikan dan pelbagai tips lain.  Di setiap post kita nanti, kita mesti tulis # apa-apa la.  Contoh #juslega, #agenpasirgudang, #ajarkelasblog dan lain-lain yg berkaitan.  Faham tak?

Jika jual produk makanan, kita kongsilah resipi kampung, resipi kanak-kanak, resipi bento, cara pemakanan yang betul, tips kesihatan dan lain-lain yang berkaitan.

Mudah bukan?

Sekian untuk kali ini.  Nanti saya kongsi lagi ya.  Jaga diri.

Selamat menulis untuk yang sertai ABDR.

Jika belum ada blog bisnes, boleh sertai kelas kami.

Jumpa lagi.