Thursday, 31 March 2016

Usahanita STEPS

Terbuka untuk semua usahawan dan bakal usahawan di seluruh negeri.  Johor Bahru baru sahaja tamat kursusnya pada 27hb Mac lepas.

Memang sangat berbaloi-baloi dan bagus.  Kita akan diajar banyak tatacara bisnes dan apa yang perlu untuk menjadi usahawan kaya dan berjaya dunia akhirat.

Apabila menyertai STEPS, secara otomatik akan menjadi ahli usahanita.  Usahanita ini hanya untuk kaum wanita sahaja ya.  

Tarikh terakhir akan diadakan di Kelantan pada 2hb - 4hb April ini.  Jom ramai-ramai kita sertai. Semasa kursus di JB, ada yang datang dari KL, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah.  Ramai yang terlepas di tempat masing-masing.  Semangat berkobar-kobar untuk sertai kursus ini, tidak kiralah sejauh mana pun.

Untuk yang berminat boleh lihat di bawah ini ya :

KELANTAN - KURSUS STEPS FINALE!

USAHAWAN WANITA KELANTAN - LAST CALL! LAST CALL! TINGGAL KELANTAN SAHAJA LAGI! 😱😱😱

Assalamualaikum semua,
KHAS UTK USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA SAHAJA! πŸ“’πŸ“’πŸ“’
πŸ“’... SATU KEUNTUNGAN YANG SANGAT BESAR JIKA ANDA SERTAI KURSUS STEPS 2016 ini....!! πŸ“’

Anda mungkin sudah dengar kehebatan Kursus STEPS ini sekarang kan? πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Oleh itu, jom sertai Kursus STEPS (Scaling Up & Transformation of Women Entreprenuers Programme) Anjuran USAHANITA MALAYSIA πŸ’ͺπŸ’ͺ

Antara ilmu praktikal yang anda boleh perolehi adalah:- 
✔Do's & Dont's dalam sistem Perniagaan anda.
✔Teknik menguruskan dan mempertingkatkan perniagaan anda dengan lebih berkesan 
✔Strategi Pemasaran Percuma, tanpa bajet, hasil berganda 
✔Cara pengurusan pekerja yang lebih baik
Mengenalpasti hala tuju Perniagaan anda 
✔Cara pengurusan kewangan peribadi dan perniagaan dengan lebih berkesan 
✔Kenalpasti keunikan Perniagaan anda untuk persaingan lebih hebat
✔Pemantapan & persediaan anda sebagai usahawan yg hebat.
✔Teknik Business Pitching yang boleh menambat hati pelabur Perniagaan anda
✔Rahsia bangkit semula dari kejatuhan dalam perniagaan dan... 
✔Anda juga berpeluang bertemu & berinteraksi secara LIVE dengan bimbingan Pakar-Pakar Perancangan & Perkembangan Perniagaan Yang dibawakan KHAS oleh Usahanita!

BAYARAN pula cuma :
RM50 - AHLI
RM110 - BUKAN AHLI
TEMPOH KURSUS : 3hari 2mlm
LOKASI & TARIKH TERAKHIR!! (adalah seperti di bawah)

πŸ‘‰STEPS Negeri Kelantan 
πŸ“†Tarikh:- 8,9,10/4/2016 
🏒Tempat:- Hotel Crown Garden, Kota Bharu Kelantan 
STATUS: PENDAFTARAN MASIH DIBUKA! JOM DAFTAR SEKARANG!

🚩🚩🚩🚩🚩
Untuk penyertaan di NEGERI 
KELANTAN, penyertaan dibuka kepada semua peserta dari mana-mana negeri seluruh negara! Janji anda minat nak Join dan komited untuk hadir ye! 
🚩🚩🚩🚩🚩

Yuran penyertaan RM50 atau RM110 termasuk PENGINAPAN,MAKAN MINUM & BAHAN ALATULIS SEPANJANG KURSUS!!

Berapa nilai Kursus? Melebihi RM2500 seorang!
Untung sangat2 bagi mereka yg JOIN... JOM daftar sekarang! UNTUNG BESAR kalau Join!

Untuk Pendaftaran, sila WhatsApp :-
• Nama
• Alamat
• No Telefon
• IC no
• Nama Syarikat
• Jenis perniagaan 
• Alamat perniagaan
Dan WhatsApp ke 0199878101 SEKARANG!

Syarat utk sertai KURSUS STEPS ini :-
1. Wajib ada SSM berdaftar & belum tamat tempoh.
2. Khas untuk USAHAWAN WANITA BUMIPUTERA sahaja.
3. Pendaftaran secara automatik akan menjadi AHLI USAHANITA MALAYSIA.
4. Ahli USAHANITA MALAYSIA KHAS UTK BUMIPUTRA shj.
Jom daftar masuk nama dahulu.. Seat TERHAD kepada 100 yang pertama setiap lokasi sahaja!

Terima kasihπŸ‘

Jumpa di sana Ye!


P/S: Mohon Klik "Save" kemudian klik "Like" Facebook Page Usahanita Malaysia ➡ https://m.facebook.com/myusahanita


STEPS ini anjuran bersama Akademi Usahawan Mikro (AUM).

Jangan lepaskan peluang ini.  Banyak manfaat dengan menyertai Usahanita.








Tuesday, 29 March 2016

Kursus STEPS

Assalamualaikum semua,

Maaf lama tidak menulis.  

Jumaat lepas, 25hb hingga 27hb berada di Suria City JB kerana menghadiri STEPS anjuran Usahanita dan Akademi Usahawan Mikro (AUM).  Sangat menarik dan bagus untuk usahawan dan bakal usahawan.  

Nanti saya sambung ya.

Yang berminat boleh lihat link ini Usahanita

Jumpa lagi.




Thursday, 17 March 2016

Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum,

Jom kita pilih.  Banyak kenangan ni.  Memang nostalgia.




Saya pernah kena no. 1, 5 dan 8.  Hehehee.  Memang terasa hingga sekarang.  Walaupun begitu, Alhamdulillah kesannya amat terasa hingga sekarang.

Saya dapat ini daripada Whatsapp grup.  Jom kita kongsi-kongsikan.  Kes rotan ini dah jadi viral satu ketika dulu, sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan merotan anak bakal menjadi kesalahan jenayah.

Anda bagaimana?  Jom kita kongsi-kongsikan.








Wednesday, 16 March 2016

Rahsia MAGIX BOX Untuk Anak Belajar Tanpa Disuruh

Jom kita baca artikel ini.  Amat bagus untuk anak-anak.

Rahsia MAGIC BOX untuk buat anak belajar tanpa disuruh.

Boleh cuba untuk anak-anak ya.

Jom kita baca Magix Box.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
Kak Zah





Sunday, 13 March 2016

Kelas ABDR

Hari ini hendak berkongsi lagi tentang kelas di ABDR.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan 2 kelas blog secara online :
1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2)  Kelas Asas Mula Bisnes Online

Apa beza kedua-dua kelas ini?
1)  Belajar menulis blog berpengaruh
2)  Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten
3)  Belajar menulis mengikut fokus produk
4)  Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik

Kelas Asas Mula Bisnes Online
1)  Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk / servis
2)  Belajar menulsi secara fokus mengikut lima label utama
3)  Belajar bina blog tempahan
4)  Khusus untuk suri yang benar-benar 'zero' tentang urusniaga online
5)  Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara
6)  Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?  ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7)  Sudah ada shopping cart juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan

Pendaftaran dibuka setiap hari.
Hubungi saya apabila  kalian sudah bersedia ya/

Salam sayang,
Kak Zah



Saturday, 12 March 2016

Raikan Hidup Anda

Assalamualaikum,

Petikan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Sedap dan menusuk kata-katanya.

"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa.  Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu.  Begitulah dengan kehidupan.

Sahabat adalah umpama bintang.  Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya.  Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada.  Dia tidak mungkin dimiliki, tetapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan."

Begitulah.  Indah sungguh kata-katanya.  Begitu tersusun dan mendalam maksudnya.

Petang semalam terima perkhabaran di Whatsapp grup kawan sekolah, salah seorang rakan lama kami telah meninggal dunia disebabkan kanser payudara tahap 4.  Kami bertemu semula di whatsapp dan sempat ber'borak' di grup sahaja mengimbau kenangan lama di sekolah sejak Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5.  Lama sungguh tetapi sangat indah dikenang.  








Friday, 11 March 2016

Beza Suri Rumah dan Suri Bekerja Dari Rumah

Sumber : Ebook Jana Wang Di Rumah

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah?

Suri rumah sepenuh masa
Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata.  Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga.  Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa.  Peranan suri ini sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah.  Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang sibuk.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah
Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat.  Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif.
Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan semata-mata mahu menumpukan kepada keluarga.  Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Pelbagai kerja boleh dibuat dari rumah seperti menjadi penjaga kanak-kanak, mengajar tuisyen, membuat kek, menjahit, mengambil tempahan rekaan, mengambil tempahan makanan dan lain-lain. Yang penting ada kemahuan mahu membuatnya.  Buat benda yang anda minat dan seronok membuatnya.

Berkongsi kemahiran?  Boleh sertai kami untuk menulis pengalaman anda di blog.  





Thursday, 10 March 2016

Ciri-Ciri Blog Berpengaruh

Blog ada pelbagai jenis.  Ada blog peribadi, blog melancong, blog resipi, blog keluarga, blog bisnes dan macam-macam blog lagi.  

Untuk menarik pembaca sentiasa melekat hendak membaca blog kita, jom kita baca ciri-ciri blog berpengaruh ini.

1)  Boleh mesra pembaca.  Tidak ada gajet atau bling-bling yang over.
2)  Sentiasa ada entri baru dan segar.
3)  Entri penyelesai masalah.
4)  Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran.
5)  Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi.
6)  Blog yang menjadi rujukan khusus - seperti blog resipi, blog bisnes, blog informasi.
7)  Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika.
8)  Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal.  Walaupun santai, asas ini dijaga.
9)  Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang.
10)  Blog yang berjaya menukarkan pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan.

Kami menawarkan dua kelas online yang popular sepanjang tahun :
1)  Kelas asas blog dan penulisan
2)  Kelas asas blog dan fanpage khusus untuk bisnes

Sudah bersedia?

Emel : norazizahsudin@gmail.com





Wednesday, 9 March 2016

Kuasai Khidmat Pelanggan

Komited perkhidmatan berkualiti.
Usahawan online perlu komited di dalam menawan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti. Suasana positif semasa urus niaga online memberi pengaruh emosi positif kepada pelanggan.

Ucapkan bahasa yang sopan, respon yang cepat, proses urus niaga yang mudah.  Pelanggan lebih suka bagi produk yang cepat dalam tempoh masa yang dijanjikan.  Lagi cepat produk sampai lagi tinggi kepuasan kepada pembeli.

4) Hormati pelanggan
5)  Tidak emosi
6)  Tidak biarkan pelanggan menunggu lama
7)  Beri seperti yang dijanjikan
8)  Sentiasa berkata benar
9)  Bina hubungan yang baik
10)  Mudahkan pembelian

Jom baca lagi dalam EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES.  Ebook ini promosi bulan Mac.

Juga ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR.

Sudah bersedia?  Sertai kami.  Pendaftaran dibuka setiap hari.














Tuesday, 8 March 2016

Turunkan Demam Panas Dengan Telur Rebus

Sumber : Majalah Pama

Guna telur rebus untuk turunkan demam panas?

InshaAllah, dengan izinNya boleh.

Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati.  Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa.  Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.

Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semulajadi.

Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semulajadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.

Eh!  Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam.  Biar betul?  Caranya mudah sahaja.  Tidak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan.  Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.

Jom kita baca di sini




Semoga bermanfaat.



Tips Urus Stress

Teks : Norazizah Sudin
Imej  :  Koleksi ABDR

Assalamualaikum,

Disiplin penting dalam menguruskan masa jika kita bekerja dari rumah supaya rutin harian kita dapat diselesaikan mengikut jadual yang telah kita tetapkan.  Buat senarai 'things to do list'.  Buangkan rasa stress dan bersabar dengan kerenah anak.  Belum lagi dengan kerenah pelanggan.

Petikan Puan H dalam ebook Super Wahm Super Mom.

"Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri.  Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin, tiada masalah dan cabaran yang tidak dapat diatasi.  Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental.  Ini kerana kita perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak.  Pada masa yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan.  Tetapi setiap cabaran tersebut boleh diatasi dengan syarat kita mesti berdisiplin, sabar dan tidak merungut"

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat menjadi WAHM, bukan angan-angan Mat Jenin semata-mata tetapi perlu dibuktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu.

Saya kongsikan beberapa tips urus stres dengan super gembira :

➡  Rai diri sendiri dengan mengatakan pilihan ini adalah terbaik untuk diri kita.  Ada banyak pro dan kontra mempunyai pembantu rumah antaranya kos sara hidup meningkat, tiada privasi dalam rumah juga kebergantungan kita kepada orang lain.

➡  Jadikan urus rumahtangga sebagai tanggungjawab bersama, agihan semula kerjasama dalam bentuk agihan tugasan untuk suami, isteri dan anak-anak.

➡  Mula semula sesuaikan diri untuk tidak bergantung kepada orang lain.  Fokus urusan rumahtangga adalah mudah bukannya remeh temeh dan malas untuk selesaikan rutin sama setiap hari.

Tips selanjutnya, ada di dalam ebook SUPER WAHM SUPER MOM.







Ebook ini adalah bonus untuk yang menyertai kelas online ABDR.

Pendaftaran dibuka setiap hari.







Monday, 7 March 2016

Masak Lemak Taugeh

Sudah siap Masak Lemak Taugeh.  Alhamdulillah.  Sedap dan menyelerakan ditambah dengan sambal lontek (sambal Jawa).  Untuk suami, masak ayam cili api.  Masak lemak ni untuk hero kenit Kak Zah ni.

Mudah je masak lemak taugeh ni.  Lebih sedap masukkan sekali tauhu goreng, keropok dan ikan bilis sebagai perencah.

Bahan-bahannya sangatlah mudah.

Taugeh
Tauhu - potong dan goreng dahulu
Ikan Bilis - tumbuk sedikit tetapi jangan hancur sangat 
Daun Kucai
Lobak Merah
Tomato
Santan Pekat
Bawang Merah - dimayang nipis
Bawang Putih - dimayang nipis
Keropok
Garam 

Masukkan ikan bilis, bawang, keropok dan santan ke dalam periuk dan didihkan.  Kena kacau selalu ya.  Nanti pecah minyak.  Santan sudah mendidih, masukkan taugeh, kucai dan tauhu.  Kacau dan jangan terlebih masak sayur-sayuran sebab nanti jadi lembik dan tidak sedap.  Biar bila makan nanti ada rasa 'crunchy' sayur-sayur tu.  Letak garam sesedap rasa.

Selamat menjamu selera.




Suri rumah yang ada kepakaran memasak dan ingin berkongsi ilmu, bolehlah menulis di blog.  Yang ada bisnes masak, sebarkan di alam maya.  Ada blog sendiri dan tulis resipi kesukaan kalian.  Boleh diselitkan dengan aktiviti harian.

Salam sayang,
Kak Zah









Kerenah Pelanggan

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi ABDR & Gstar Kids

Assalamualaikum,

Semalam ada pelanggan bertanyakan tentang produk Gstar Kids di Whatsapp.  Kak Zah pun ada juga menjual Gstar Kids iaitu vitamin minda sunnah untuk kanak-kanak.  Yang berminat, boleh PM ya.

Ok.  Kita sambung tentang pelanggan tadi.  Gstar Kids bulan ini ada promosi.  Harga pun murah sangat-sangat.  2 botol RM80.  1 botol RM55.  Yang hendak 3 botol pun ada promosi.  Beli 3 botol dapat 1 botol percuma dengan harga RM110.  Dapat lagi hadiah percuma dan pos percuma.  Murah kan?  




Pelanggan ini hendak lagi murah.  1 botol RM40 atau 2 botol RM40. Ok ke tak ok?  HQ memang pantau harga yang kami jual.  Jadi janganlah pandai-pandai menjual di bawah harga kawalan.  Harga semuanya dipantau oleh HQ.

Jadi bila berhadapan dengan sitausi begini, kita sebagai penjual, kenalah pandai bagaimana hendak berurusan dengan pelanggan ini.  Beritahu tentang harga tawaran istimewa, harga dipantau oleh HQ dan lain-lain lagi.  Jangan disebabkan hendak melariskan produk kita, kita pun jual dengan harga yang ditawarkan oleh pelanggan.  Kita yang mengawal pelanggan, bukannya pelanggan yang mengawal kita.  Biar kita rugi pelanggan daripada bisnes yang kita jalankan tidak berkat.  Pendapat Kak Zah, tidak adil kita bagi harga yang lebih murah daripada harga pasaran untuk pikat pelanggan.  

Belajar bagaimana hendak berurusan dengan pelanggan.  Pelbagai kerenah pelanggan yang akan kita jumpa samada secara online atau offline.  




Cara penyampaian di dalam ebook di atas adalah ringkas dan padat.  Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Di dalam ebook ini, ada pelbagai ciri-ciri yang diperlukan untuk menangani pelanggan yang berurusan di alam maya.  Jika berurusan di kedai offline lebih kepada kata-kata ucapan dan gerak badan.  Urusniaga online lebih kepada tulisan-tulisan dan tindakan kita dalam memberi maklum balas kepada pelangan.  Usahawan juga perlu belajar cara-cara mengawal emosi ketika berurusan dengan pelanggan.

Selain itu ada juga diterangkan bagaimana untuk meningkatkan kuasa khidmat pelanggan.  Pengalaman berurusniaga setiap hari akan menemukan kita dengan pelbagai jenis pelanggan.  Oleh itu sebagai usahawan kita perlu mempelbagaikan ilmu khidmat pelanggan yang lebih professional.

Dibahagian akhir ebook ada dikongsikan pengalaman mereka yang pernah membeli barang secara online.  Tentunya pengalaman yang dikongsi boleh dijadikan pengajaran kepada usahawan online. Pengalaman beberapa usahawan online juga banyak memberi idea dan panduan untuk kita memperbaiki cara kita berurusan dengan pelanggan.

Bagi suri rumah yang ada bisnes, tetapi belum ada blog boleh sertai Kak Zah di ABDR.  Kami ajar dari zero sehingga pandai.  Yang tidak pandai IT jangan malu.  Sudah ada suri rumah yang langsung tidak pandai menggunakan IT, tetapi sekarang memang sudah pakar.  Alhamdulillah, dapat berkongsi ilmu dengan ramai suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah.

Berminat untuk sertai kelas blog dan bisnes tanpa modal, boleh emel Kak Zah di norazizahsudin@gmail.com

PM / Whatsapp 013-7650976










Sunday, 6 March 2016

Santai Jumaat

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi Peribadi Kak Zah

Assalamualaikum semua,

Jumaat lepas ke JB sebab ada urusan penting di bandar.  Sempat singgah di Kotaraya.  Sudah lama tidak berjalan-jalan ke sana.  Banyaknya perubahan di dalam Kotaraya.  Nampak sangatlah sudah lama tidak menjejakkan kaki di sana...hihiii.

Sebelum suami hendak solat Jumaat, kami singgah makan di food court.  Sedang menjamu selera, ternampak di sebelah kami seseorang yang macam kenal.  Ya...memang terkenal.  Ramli Sarip rupanya.  Dia pun duduk makan rojak di belakang meja kami bersama-sama 2 orang rakannya. Sambil makan tu, ramai jugak yang mengambil gambar bersamanya.  Kak Zah pun teringin jugalah bergambar dengannya.  Hendak jadi 'retis' jugak...hahahhaha.




Sebelum beredar menunaikan solat Jumaat, kita selfie dulu ya.  

Yang masih berminat untuk sertai kelas blog, pendaftaran masih dibuka.  Kelas online dan ikut kesesuaian pelajar.  

Ok.  Selamat berhujung minggu semua.




Saturday, 5 March 2016

Tips Mudah Merancang Kerja

Teks  :  Norazizah Sudin
Imej  :  Koleksi ABDR

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua?  Semoga semuanya sihat di samping famili tersayang.  Hari ini, sesudah subuh Kak Zah terus ke dapur.  Bermulalah rutin untuk hari ini.  Sejak Khamis hero kenit Kak Zah demam. Cuti sekolah sehari.  Alhamdulillah, hari ini nampak sudah kebah sedikit.  Semoga dia kembali sihat dan ceria macam selalu.

Ramai yang bertanya.  Mudah ke bekerja dari rumah?  Mudah jika kita pandai membahagikan masa. Dalam Bahasa Inggeris, time management.  Setiap orang ada caranya yang tersendiri.  Macam Kak Zah, setiap hari mesti sudah tahu apa yang hendak dibuat esok harinya supaya menjimatkan masa, tenaga dan petrol (jika perlu keluar).

Walaupun hanya suri rumah, tetapi perlu ada perancangan juga untuk memudahkan kerja, supaya tidak terkejar-kejar setiap hari untuk menyiapkan kerja.  Penat nanti.  

Biasanya sebelum tidur :
1)  Masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.  Awal pagi esok sudah boleh sidai baju.
2)  Kosongkan singki di malam hari.
3)  Letak tong sampah di luar supaya selepas hantar anak sekolah esok, kita tahu ada sampah untuk dibuang.
4)  Siapkan semua bahan-bahan untuk dimasak esok hari.  Letakkan dalam bekas dan letak di dalam peti ais.
5)  Bantu anak kemaskan beg sekolah (untuk anak sekolah rendah) dan letakkan berhampiran dengan tempat yang menjadi tempat kebiasaan dia bersiap untuk ke sekolah.
6)  Menggosok pakaian sekolah dan pakaian suami pada malam hari.
7)  Siapkan bekas tempat mengisi bekalan anak pada malam hari supaya pada pagi esok,  selepas membuat sarapan kita tidak tergesa-gesa mencari bekas.

Ada tips lain lagi?  Jom kita kongsikan bersama.

Untuk memudahkan dan dapatkan tips manfaat tentang pengurusan masa SOHO, boleh baca ebook ini.




Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR, telah terbitkan pada Mac 2013.  Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Berikut adalah bab-bab kandungan dalam buku di atas :
Bab 1  :  Apa itu WAHM, SAHM dan SOHO
Bab 2  :  Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Bab 3  :  Kisah inspirasi WAHM, SOHO
Bab 4  :  Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5  :  Tips sukses urus masa
Bab 6  :  Tips urus tenaga supermama
Bab 7  :  Tips urus rumah tangga
Bab 8  :  Tips motivasi suri rumah terhebat

Dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.  Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah.  Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri.  Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga dan stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian.  

Semua ini telah dikongsikan di dalam ebook ini.

Jika ingin mendapatkan ebook super ini, boleh hubungi Kak Zah di norazizahsudin@gmail.com atau PM sahaja di facebook ya.

Semoga bermanfaat dan salam sayang,
Kak Zah





Friday, 4 March 2016

ABDR Di Hatiku

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi ABDR


Assalamualaikum dan salam Jumaat,

Alhamdulillah, ABDR meraikan ulangtahun ketiga bulan ini.  Tahniah dan terima kasih buat pengasas Puan Masayu Ahmad dan alumni ABDR atas peluang berjemaah ini.

Kenali apa itu ABDR?
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) iala :
➤  kumpulan sokongan khas untuk suri belajar asas berbisnes online
➤  kumpulan sokongan untuk suri belajar menjana pendapatan hanya dari rumah
➤  kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
➤  kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM
➤  platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara drophsip dan produk digital ebook dan servis

Terdapat 2 kelas yang menjadi pakej utama dan popular sepanjang tahun, iaitu kelas asas blog dan penulisan dan kelas asas bines online.

Jom kita tengok apa yang akan diajar di dalam kedua-dua kelas ini.

1)  Kelas Asas Blog dan Penulisan
=>>  akan belajar untuk konsisten di dalam menulis
=>>  akan diajar menulis mengikut fokus produk 
=>>  akan belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
=>>  pembaca ini kemudiannya akan kita tukarkan kepada pelanggan tetap kita

2)  Kelas Asas Bisnes Online
=>>  akan diajar cara untuk membina kedai online
=>>  akan belajar untuk membina borang tempahan
=>>  akan diberi tugasan untuk lima label utama
=>>  belajar cara bagaimana pautan blog dan fanpage 
=>>  pelajar boleh memilih untuk menjual produk fizikal seperti telekung, makanan sunnah, makanan, buku dan pelbagai produk dari ABDR
=>>  boleh juga belajar borong seperti borong telekung solat
=>>  pelajar boleh memilih sama ada untuk menyimpan stok atau tidak

Insya-Allah, jika rajin, fokus, konsisten dan istiqomah, pelajar hanya menjana pendapatan dari rumah.  Semuanya di hujung jari.

Kami buka pendaftaran setiap hari.  Bagi yang sudah bersedia, boleh sertai kami.

Kami ajar dan kalian yang tentukan.

Hubungi Kak Zah ya.

E-mel : norazizahsudin@gmail.com





















Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Teks : Norazizah Sudin
Imej : Koleksi Norazizah Sudin


Assalamualaikum,

Festival Layang-layang sedunia baru sahaja melabuhkan tirainya pada 28hb Februari lepas.

Untuk yang tidak dan belum tahu mengenai festival ini, jom Kak Zah kongsikan sedikit mengenai festival ini.  Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia.  Ia dijangka dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak negara antarabangsa.



Bertemakan 'Terokai dan Warnai Tradisi', festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjung dan majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam.  Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang, persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pertunjukan bunga api.

Program lain yang berlangsung sepanjang festival itu termasuk pertandingan membuat wau tradisional, pameran dan bengkel layang-layang serta pelbagai acara lain.  Terdapat juga pelbagai gerai makanan dan minuman disediakan untuk para pengunjung.

Saya telah berkesempatan pergi ke festival ini.  Memang sangat menarik dan pelbagai jenis layang-layang telah diterbangkan oleh peserta.

Kebetulan, hari Ahad, sekolah Wafi ditutup kerana salah seorang mantan guru Pasti telah meninggal dunia.  Jadi semua sekolah Pasti daerah Pasir Gudang telah ditutup untuk memberi penghormatan kepada guru tersebut.  Jadi awal pagi kami telah pergi untuk menyenangkan parking.  Jika lambat, maka penuhlah parking.

Sebab awal pagi dan belum bersarapan, kami telah minum disalah sebuah gerai di situ.  Harga minuman memang mengejutkan kami.  Mungkin disebabkan harga sewa tapak yang mahal telah dikenakan kepada penyewa festival, menyebabkan peniaga pula mengenakan harga yang sangat mahal kepada pengunjung festival.  Rata-rata ramai pengunjung telah meluahkan rasa yang sama mengenai hal ini.

Caj untuk 3 jenis minuman kami pada pagi itu adalah RM9.00.  Bermakna satu gelas bersamaan dengan RM3.  Buah nangka RM2 untuk 3 ulas yang telah dibelah 2.  Itu baru minuman, belum lagi caj makanan sebab kami hanya membeli kuih sahaja untuk mengalas perut dan kebetulan banyak gerai makanan belum dibuka lagi.

Oklah.  Tutup bab harga ya.  Jom kita tengok gambar yang telah sempat diambil oleh saya pada hari itu.























Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.





Thursday, 3 March 2016

Nota Usahawan SOHO

Assalamualaikum,

Small Office Home Office (SOHO) atau dalam Bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ini istilah saya), adalah melakukan kerja atau perniagaan hanya di rumah.  Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan - nota dari Zulfadli.

Saya ingin kongsikan nota produktif usahawan SOHO untuk bacaan kita bersama (dari teks Pn. Masayu Ahmad) :

1)  Mulai hari dengan penuh semangat
-----------------------------------------------
Ia bermula dengan sarapan yang baik, fikiran yang tenang, bersemangat untuk bekerja.  Nyahkan segera segala fikiran negatif dan mahu berusaha sebaik mungkin untuk hari tersebut.


2)  Memiliki kerusi yang baik
-------------------------------------
Kerusi berfungsi untuk menyokong badan ketika duduk, mencegah sakit belakang dan ia membantu untuk anda memiliki tubuh badan yang sihat.  Duduk berjam-jam memerlukan anda sebuah kerusi yang selesa dan menjaga kesihatan.


3)  Nota dan Pen
--------------------
Selalulah membawa bersama nota dan pen.  Ia boleh sahaja sebagai catatan untuk menulis idea yang muncul secara tiba-tiba, projek baru atau entri baru untuk blog.

Memilik papan kenyataan juga menjadikan pemilik SOHO lebih terurus.  Sentiasa berada dalam trek apabila melihat apa yang sedang 'dikerjakan' dan projek apa yang datang.  Jadi diri anda sentiasa produktif dan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.


4)  Beri diri masa berehat
--------------------------------
Jangan kunci diri dalam bilik sepanjang masa.  Untuk setiap jam dan bekerja, istirehat 5 hingga 10 minit.


5)  Lakukan perkara yang menggembirakan
------------------------------------------------------
Apabila sesuatu tugasan berat, lakukan hal-hal kecil yang boleh mencetuskan perasaan gembira, seperti menikmati sepotong coklat, membaca artikel lucu atau boleh sahaja menulis catatan harian dan berkongsi di blog peribadi.


6)  Jadual Kerja
--------------------
Ada individu yang gemar bekerja pada waktu pagi.  Ada pula yang suka pada petang atau malam hari.  Pilih masa kerja yang boleh memberi momentum kepada produktiviti.


7)  Berhati-hati dengan pengaruh sekeliling
-----------------------------------------------------
Ada individu yang suka bekerja dengan suasana tenang dan sunyi.  Ada juga yang suka bekerja sambil mendengar muzik dan menonton TV.  Jika ia dapat membantu anda bekerja dengan baik, boleh teruskan.

Banyak lagi tips dan info untuk dijadikan panduan kepada semua yang bergelar SOHO dan bakal bergelar SOHO.  Untuk yang telah menjadi SOHO, tahniah dan teruskan momentum kalian.  Untuk yang bakal bergelar SOHO, tahniah juga dan fokus agar momentum kalian tidak tersasar.

Untuk mendapatkan info lanjut, boleh baca ebook ini.




 Suri rumah yang ingin membuat bisnes tanpa modal, boleh sertai saya.

ABDR juga ada menyediakan dropship untuk yang ingin menjana pendapatan dari rumah.  Janganlah pula harapkan juta-juta ya.  Semuanya atas sikap, momentum, fokus dan usaha kalian.

Jom terjah emel saya di norazizahsudin@gmail.com untuk kita borak-borak.

Boleh juga terjah PM saya di Kak Zah atau page saya di belajar kelas blog bisnes untuk tahu lanjut tentang kelas online.

Salam sayang,
Kak Zah