Friday, 30 September 2016

Pak Lang Ahmad

Kembalinya Pak Lang pada 10 Zulhijjah 1437H. 

Kami mendapat berita pemergiannya pada jam 11.56 pagi di grup Whatsapp.  Berita yang amat memeranjatkan kami sekeluarga kerana pada pagi Hari Raya AidilAdha, beliau telah memberi ucapan salam dan tazkirah.

Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan ketika.  

Pak Lang Ahmad adalah bapa saudara sepupu sebelah arwah Abah.  Seorang bapa saudara yang sangat rapat dengan arwah Abah.  Pak Lang pada setiap pagi akan memberi salam dan sedikit tazkirah di dalam grup Whatsapp famili Generasi Mahat Rumbia.  Beliau juga akan memberi soalan-soalan kuiz dan berbalas pantun sesama semua saudara mara.  Celoteh beliau sangat kami rindui setiap pagi.  Sekarang tiada lagi semua itu.  

Allahyarham seorang bapa saudara yang amat mementingkan silaturahim sesama saudara, kenalan mahupun sesama manusia.

Pak Lang Ahmad amat kami sanjungi.  Beliau merupakan tonggak ikatan keluarga dan pengukuh ukwhah.  

Kami sungguh-sungguh merasai kehilangannya.  Sesungguhnya kami mendoakan perpindahan beliau ke alam barzakh merupakan pintu beliau ke Syurga para solihin.

Kami doakan Allah mengurniakan kedudukan yang terpuji bagi beliau.  Aamiin.

Kami akan sentiasa merindui Pak Lang.  




Wednesday, 21 September 2016

Hari Raya Aidil Adha 1437H

Assalamualaikum semua,

Tahun ini seronok sangat sebab dapat beraya Aidil Adha dengan semua adik beradik di Kg Hubong, Endau.

Sebelum itu, pada 10hb September 2016 / 8 Zulhijjah 1437H, meraikan perkahwinan anak saudara. Jadi kami sepakat la terus sambut raya di kampung.  Alhamdulillah.




Sehari sebelum hari raya, saya dan anak-anak saudara lepak-lepak di Pantai Pasir Lanun, Endau.




Macam-macam gelagat anak-anak saudara.





Tuesday, 20 September 2016

Hati Kena Kebal

Assalamualaikum semua,

Nak buat bisnes online ni hati kena kebal tau.  Hendak tau sebab apa?

Jom kita baca.

=>>  Kebal hati kalau waktu anda promosi barang jualan, tiada orang yang like pun.  Tetapi kalau pos gambar selfie, welfie ke atau apa-apa la, iaitu gambar yang tidak ada kena mengena langsung dengan bisnes anda, berderet-deret malah beratus-ratus pulak like, betul tak?

=>>  Kebal hati kalau pengikut atau rakan anda di FB atau IG akan berkurangan.  Mereka tidak lagi menjadi pengikut atau rakan anda kerana sudah bosan sebab anda asyik pos testimoni, gambar produk dan lain-lain berkatian bisnes.

=>>  Kebal hati kalau kawan-kawan terdekat anda tidak lagi sokong bisnes anda malah mereka akan kondem pulak.  Jadi apa akan anda buat?  Sentap?

=>>  Kebal hati kalau ada sebulan atau dua bulan tu, anda langsung tidak ada jualan.  Ataupun sehari, anda cuma dapat jual seunit sahaja produk anda.

=>>  Jadi untuk yang berniaga online atau atas talian tu, baik secara sepenuh masa atau separuh masa, sentiasalah positif dan jangan putus asa.  

Rezeki Allah itu sangat-sangat luas.  Pedulikan apa orang kata dan buat pada anda.  Anda teruskan sahaja dengan apa yang anda buat.  Pekakkan telinga dan butakan mata.  Butakan mata pada orang-orang negatif begini.  Jalan terus.

Hidup ini macam roda.  Ada ketika di atas dan ada ketikanya di bawah.  Yang penting, usaha, doa dan tawakkal.

Semoga kita yang berniaga secara kecil-kecilan atau besar-besaran ini dimurahkan rezeki melimpah ruah dan terus sukses!!

Faham kan?