Friday, 15 December 2017

Selamat Datang 2018

Assalamualaikum semua

Berkurun lamanya Cik Zah tak update blog ini.  Maaf dipinta.  Agak lemau untuk berblog.  Macam-macam idea yang nak dibuat tetapi kadang-kadang tidak terbuat.  Bukan main lagi berkobar-kobar tetapi lepas itu, macam-macam pula alasannya.  

Begitu cepat masa berlalu.  Sedar tak sedar, sudah nak masuk tahun 2018.  Tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Pelbagai cabaran, dugaan dan perkara yang terjadi pada Cik Zah ni.  Ada yang manis, pahit, masam, masin, suka dan macam-macam lagi la.  Alhamdulillah, Cik Zah dapat harungi semuanya dengan senyuman dan bersyukur.

Seperti biasa, banyaknya resolusi yang telah ada dalam senarai 2018.  Cuma hendak dibuat, dicapai atau tercapai sahaja.  Seperti biasa, Cik Zah ni tulis sahaja dahulu.  Setiap hari mesti tengok dan update.

Tahun depan, anak Cik Zah pun dah masuk darjah 1.  Alhamdulillah.  Sedih ada, gembira pun ada.  Biasalah, anak dah besar dan sudah pandai berdikari sedikit.  Begitulah hati dan perasaan seorang ibu.  Anak sudah besar, lain pula kerenahnya.  Semua kelengkapan sekolah sudah dibeli.  Dia pun seronok sangat.  Tak sabar-sabar nak ke sekolah.  

Semoga tahun 2018 ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Cik Zah bersyukur ke hadratNya.  Cik Zah harap pembaca-pembaca di blog ini pun diberi kesihatan yang baik, umur yang berkat dan sentiasa di bawah lindunganNya.  Kehidupan lebih baik dan bertambah-tambah rezekinya.  

Tahun 2018 juga Cik Zah akan update blog bisnes Cik Zah dengan lebih banyak input-input berinformasi dan memberi manfaat untuk semua.  Doakan Cik Zah dan Cik Zah doakan juga untuk semua ya.

Gambar Ahmad Wafi semasa konvo tadika.

Aaamiin. 











No comments:

Post a Comment