KELAS ONLINE ABDR

Akademi Bekerja Dari Rumah menjadi semakin terkenal di alam maya dan juga offline.  Kumpulan ini semakin membesar sejak ia ditubuhkan sekitar Mac 2013.  ABDR telah mempunyai lebih dari 370 blog dengan 13 guru online bertugas.  Kami telah menerima pendaftaran hampir setiap hari.  Kini ia semakin membesar dan telah mula menjadi sebutan semua.  Penyertaan bukan sahaja terhad kepada suri rumah sahaja, tetapi kini telah menjangkau kepada penulis novel berpengalaman, pengetua pusat didikan kanak-kanak, pensyarah, usawahan dan pelbagai lagi.

Apa yang menariknya berkenaan akademi ini?

Akademi ini menawarkan kelas asas blog sebagai 'benchmark' untuk meneruskan ke peringkat seterusnya.  Ia umpama training center sebelum anda berjuang ke dunia alam maya yang serba mencabar dan mencari ruang untuk mencipta jenama dan menjana pendapatan.

Kelas di Akademi Bekerja Dari Rumah memberikan anda pilihan untuk pakej kelas online yang direka mengikut fokus, minat dan juga kemampuan anda.

Berikut adalah pakej-pakej yang disediakan :










Sertai kami di ABDR.  Anda boleh mendaftar di salah satu kelas berikut :

1)  Kelas online asas blog penulisan - belajar menulis cara santai tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal.  Untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik trafik ke blog.

2)  Kelas online asas blog mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tetapi tidak tahu cara.  Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma seperti blog, fanpage dan FB. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10 dan seterusnya.  Kelas yang sangat sesuai untuk suri berkerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang buat secara sambilan atau sepenuh masa.  Bagi yang tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.

 3)  Kelas beriklan di Mudah.my -  Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.  Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4)  Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen.  Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel.  Apabila sudah pandai tulis cerpen, InsyaAllah boleh menulis novel.

5)  Pendaftaran rakan niaga / Pengurus Online - anda tiada produk dan berminat untuk menjual produk Akademi Bekerja Dari Rumah?  Ini pakej yang sesuai untuk anda.  Ia didatangkan sekali dengan kelas blog + ebook bonus + iklan SOHO Directory + grup bimbingan.  Kesemuanya atas talian.  Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal yang tinggi.  Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6)  Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM / SOHO - kelas ini khusus untuk asas urus akaun bisnes anda.  Belajar secara online dengan guru bertauliah selama 3 jam.  Nota + latihan diberikan.  Perbincangan berterusan selepas kelas ini.
➡  memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula atau mahu tahu di mana silap pengurusan wang bisnes
➡  memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes
➡  sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti

Apakah matlamat utama kelas ini?

1)  Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online, terutama fanpage, blog dan sebagainya.

2)  Untuk kelas asas blog dan fanpage, khusus kepada sasaran yang 'zero' tentang urus niaga online.  Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga.  Ini ialah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online.

3)  Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenemaan dalam carian google.

Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk tutorial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian).  Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook asas belajar asas blog.  Protege akan dimasukkan di dalam grup kelas di facebook atau grup kelas.  Nota dan tutorial bergambar disediakan di dalam grup kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa cikgu dan protege bila mahu belajar.  Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook.  Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing.  Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja.  Hanya perlu ada laptop atau komputer, talian internet dan handphone.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan.  Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.  Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Hubungi  Norazizah Sudin
SMS / Whatsapp : 013-7650976
FB : http://www.facebook.com/norazizah.sudin
E-mel : norazizahsudin@gmail.com







No comments:

Post a Comment